Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Tuesday, 28 June 2011

SEPATUTNYA DIADAKAN DENGAN KERAP DI MALAYSIA



sepatutnya debat sebegini perlu diadakan dengan lebih kerap di Malaysia.

Monday, 27 June 2011

PERINGKAT-PERINGKAT SOLAT

“Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)


Marilah kita bermuhasabah tentang peringkat-peringkat solat yang lima.
* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

UNGUN BERSIH

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID
sumber: A. SAMAD SAID

Monday, 13 June 2011

Handphone caj Diri sendiri!!!!

Handphone Sony Ericssons k770i aku caj diri dia sendiri!!!

Tak ada kabel!!!!

P/S: tiada applikasi photoshop digunakan... Gambar adalah benar dan tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka!!!

Menjadi BADANG segera!!!

Tanggal 13 Jun: Aku jadi badang hari ini.. bukan sebab makan muntah jin. dan bukan sebab terlalu marah dan geram..
Sebabnya???? Sebab aku terkunci dari dalam bilik aku!!!!! pintu bilik aku tiba-tiba buat hal!!! tidak boleh buka dari dalam walaupun sebenarnya aku tak kunci pun... Aku nak jerit mintak tolong pun bukan ada orang dengar...nak telefon bomba, polis.. nanti malu nak masuk paper pulak.... 

Jadi terpaksa la aku fikir cara alternatif.. aku cuba pulas tombol pintu... tak nak terbukak pulak... apa lagi.. terpaksa la aku patah kan tombol pintu dengan sekuat hati.... (dan sedikit pertolongan dari berat badan!!!) Nasib baik patah!!! aku pun tanggalkanla tombol pintu.. maka terhasil satu lubang kat pintu bilik aku..

Ingatkan dah selesai la masalah aku ni.. rupanya tidak.. pintu masih tak boleh bukak!!!!  sebab pengunci dia masih kat lubang kat dinding sebelah... puas jugak aku pikir macam mana nak buat. pastu aku cuba check mechanism kunci 2.. aku nampak ada bentuk T... jadi aku pun buat trial n error la... aku try tarik benda tu ke kiri.. AKHIRNYA DAPAT JUGAK BUKAK PINTU BILIK AKU!!!!




KUNCI YANG AKU MAKSUD KAN....

MANGSA!!!!

Lubang selepas tombol kena patah


T yg aku maksudkan
Injured, during the process!!!!

Friday, 10 June 2011

Mungkinkah????








Penampar Itu Jawapannya..

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya? Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Wednesday, 8 June 2011

You know you're a medical student when... (English)

- You take forever explaining to people how long you'll be in school for, and realise you’ll get a medical doctor title the same time your friend gets a PhD doctor title.

- You contemplate anything between dropping out and suicide after you finish each exam, even before knowing the results.

- You get depressed and emotional just thinking about how bad a doctor you’ll become in a few years.

- You answer every question with, “Hmm (pretending to think for a second), I don’t know.” And you know the most correct answer is, “It depends, sir.”

- You diagnose every single abnormality on yourself/family/friends as a life-threatening condition. You think the tiny haematoma on your finger is a risk for PE (Pulmonary Embolism). (In due time XD)

- You watch House and ER, and think you can score in the exams and get through medical school. Wrong, only Dr.Wikipedia helps.

- You instantly feel that you want to bang your head against the wall whenever someone says “You’re a medical student? You must be very smart then!”, because it’s an unbearable accusation. (SO TRUE)

- You work out so that you get a six pack, so that you will make a good simulated patient for the seniors. (Interesting..)

MANA SUBSIDI KAMI???

KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI?

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...

Thursday, 2 June 2011

CIRI-CIRI PEMIMPIN ISLAM

Ummat Islam amat2 memerlukan kalangan pemimpin yang adil, takwa dan taat kepada suruhan Allah SWT, melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah serta menjauhi segala larangan-Nya, kerana kelak di akhirat, jika mana2 pemimpin melanggar amanah Allah dan rakyat jelata,akan ditanya Rabbul Jalil akan peranan dan sumbangan kepada agama Islam, negara dan rakyat...memang berat tugas pemimpin...perlu memiliki ilmu utk mengimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi, bertugas sebagai pekerja kepada rakyat dan bukannya atas sebarang kepentingan diri, hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.

Maka tidak hairanlah ,islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama allah daripada terus dicemari.Sabda Rasulullah dalam hadisnya: 

Kebesaran Allah



PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA

Buku “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang Berkembang”-pent.) ditulis oleh Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai satu rujukan saintifik dan dipilih oleh satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai buku terbaik yang ditulis seorang penulis. Kami bertemu dengan penulisnya dan membentangkan kepadanya beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan bidang kepakaraannya dalam kajian embrio.

Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan. Justeru, kami tanyakannya soalan berikut: “Tuan menyatakan di dalam buku tuan bahawa ketika Zaman Pertengahan (‘Middle Ages’) tiada perkembangan di dalam pengkajian sains embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada masa itulah Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w. memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat di dalam Al-Quran penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan peringkat-peringkat perkembangan manusia. Tuan seorang ahli sains yang terkenal di seluruh dunia. Jadi mengapa tuan tidak berlaku adil dan menyatakan kebenaran ini di dalam buku tuan?