First sekali, di Kelantan, teksi dipanggil dengan banyak nama, antaranya "keto sewo" ( kereta sewa),dan "keto plet" (kereta plet.) Kereta sewa di Kelantan pulak ada dua jenis. Yang pertama, jenis yang ronda-ronda sepanjang jalan, kalau orang tahan dia berhenti ambil penumpang, tidak kira seorang atau ramai-ramai. Selagi muat selagi tu la dia sumbat. Yang kedua, jenis yang tunggu di stesen kereta sewa. Jenis ni, dia tunggu biar orang cukup satu kereta baru dia jalan. Tapi kalau nak jalan jugak, kena bayar tambang untuk satu kereta. Jenis ni pulak ada dua jenis trip. Yang pertama, trip jauh. Ni perkhidmatan antara bandar( machang-pasir puteh, machang- k krai, kota bharu- tanah merah)...kedua, trip dekat, Ni perkhidmatan dalam daerah itu sahaja.
Paling aku suka pasal kereta sewa Kelantan ialah, dia tak pakai meter. Walaupun tak pakai meter, harga dia tetap munasabah bagi aku. Teksi KL pakai meter tapi teksi belum jalan dah caj RM3. Baru duduk dah sah duit terbang tiga ringgit. Lepas tu, kalau terperangkap dalam jam, meter still jalan. Teksi kat Kelantan guna petrol atau diesel je, tak pakai NGV sebab tak ada stesen NGV di Kelantan. Tapi aku rasa kalau ada NGV kat Kelantan, mesti tambang akan jadi murah gile..
Kereta sewa kat Kelantan kebanyakannya tak pakai air-cond (guna angin semula jadi, selamatkan alam sekitar).. Kat KL semestinya pakai aircond, kalau tak mesti tak ada orang naik punya..Dari segi tambang, di Kelantan boleh tawar-menawar (bergantung pada tempat dan pemandu). Di KL, dekat pintu dah tampal "Strictly no Haggling"...
Bagi jenis kenderaan yang digunakan pula, kebanyakan teksi KL adalah kereta model baru-baru, model proton ISWARA, SAGA, WAJA dsb.. Di Kelantan, macam-macam ada.. kalau nak merasa naik kereta sewa Mercedes boleh la datang Kelantan..
Jangan main-main, mercedes orang buat teksi |
No comments:
Post a Comment