Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Sunday, 8 May 2011

PATUTNYA MAHLIGAI... BUKAN RUMAH

Terbaca newspaper online tentang rumah salah seorang pemimpin negara(Setiausaha sebuah Parti Politik). Bagi aku ini bukan rumah... tapi Mahligai.

Sedutan Berita:



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merasa cukup bernasib baik.Jika tidak kerana anak lelakinya tersedar ada kebakaran di rumah mereka jam 5.30 pagi Ahad beliau dan keluarganya pasti ditimpa musibah.

Kebakaran yang berlaku dengan cepat itu telah memusnahkan sebahagian besar rumahnya yang terletak di Jalan Duta,Kuala Lumpur khususnya di bahagian atas.

Tengku Adnan  yang ditemui Agendadaily jam 8.30 pagi ketika menantikan pihak bomba sedang memeriksa kesan kebakaran yang teruk itu memberitahu semasa kejadian beliau tertidur di biliknya selepas mengikuti keputusan pilihanraya Singapura di televisyen.

Katanya tiba-tiba anak lelakinya mengetuk pintu memberitahu ada kebakaran.Mereka sekeluarga segera lari keluar dari rumah.


Tiak lama kemudian beberapa kereta bomba telah berkejar ke rumahnya untuk berusaha memadam kebakaran.

“Saya rasa sungguh nasib baik.Kalau anak saya tidak sedar entahlah,”katanya.


Tengku Adnan kata sepatutnya pagi ini beliau dijadual  hadir di satu majlis di Putrajaya.-8/5/2011
sumber: Agenda Daily


Berikut adalah gambar gambar rumah setiausaha agung UMNO datuk seri tengku adnan yang terbakar:







P/s: terfikir... macam mana nak dapat "mahligai" macam ni kalau gaji permulaan baru dalam 3k sahaja...

apapun takziah diucapkan.

No comments:

Post a Comment