Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Monday, 15 August 2011

Peperangan Dalam Islam


 Umum mengetahui bahawa di utusnya Nabi saw adalah sebagai menyampaikan berita gembira dan amaran serta menyempurnakan lagi akhlak kita dan dan ini dapat diketahui bahawa beliau tidak berperang dengan seseorang supaya dia memeluk Islam.

Sejarah permulaan perang dalam Islam bermula apabila pelampauan yang dilakukan oleh penduduk Mekah semakin memuncak sehingga memaksa Rasulullah saw keluar dari tanah airnya selepas mereka merancang untuk membunuh Baginda saw. Maka jelaslah mereka yang memulakan permusuhan terhadap golongan muslimin dimana mereka telah dikeluarkan daripada tanahair mereka dengan cara yang tidak patut.

Selepas peristiwa hijrah, Allah membenarkan orang-orang Muhajirin memerangi Musyrikin Quraisy melalui firman-Nya yang bermaksud :

“ Diizinkan bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana sesungguhnya mereka talah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong meraka mencapai kemenangan . Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’…” (Al-Haj:39-40).

Kemudian Allah mengarahkan mereka berperang melalui firman-Nya yang bermaksud :


“ Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) dimana sahaja kamu dapati dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu serta (ingatlah bahawa) fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka disekitar Masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu disitu. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (disitu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Maka sekiranya mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah ugama itu hanya untuk Allah. Maka jika mereka berhenti maka tidaklah ada lagi permusuhan melainkan terhadap oran-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 190-193)

Oleh sebab itu Rasulullah saw hanya memerangi orang-orang Quraisy dan tidak memerangi kabilah Arab yang lain. Tetapi apabila bukan sahaja penduduk Mekah yang berkumpul untuk memerangi muslimin dan mereka bersatu dengan musyrikin Mekah , Allah memerintahkan supaya seluruh orang musyrikin diperangi sebagaimana dalam firman-Nya: “

dan perangilah kaum kafir musyrikin seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya..” (At-Taubah: 36)

Dengan ini jihad hendaklah dilakukan kepada semua orang yang tidak mempunyai kitab suci yang terdiri daripada penyembahan berhala. Ini sebagai membenarkan  sabda Rasulullah saw

“Aku disuruh memerangi manusia sehingga mereka berkata tidak ada tuhan selain Allah, dan mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat Apabila mereka berkata demikian, darah dan harta mereka terselamat daripadaku kecuali dengan haknya. Dan perhitungannya terserah pada Allah.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apabila muslimin mendapati orang-orang Yahudi mengkhianati perjanjian dengan cara menolong orang-orang musyrikin memerangi mereka, maka Allah memerintahkan supaya orang-orang Yahudi diperangi melalui firman-Nya

: “Dan jika kamu mengetahui adanya perbuatan khianat daripada sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu), maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.” (Al-Anfal: 58)

Antara wasiat-wasiat Rasulullah saw dalam peperangan dapat diperhatikan secara jelas semasa baginda memberikan wasiat kepada pasukan yang akan berangkat ke Perang Mu’tah. Antaranya: Berperanglah dengan nama Allah dan perangilah musuh Allah dan musuh kamu di Syam. Kamu akan mendapati disana, paderi-paderi yang mengasingkan diri di gereja. Jangan kamu ganggu mereka. Jangan kamu menbunuh perempuan, kanak-kanak dan orang-orang tua. Jangan menebang pokok dan merobohkan bangunan...




Jadi peperangan dalam Islam bukan melambangkan Islam sebagai agama yang suka kepada keganasan atau agama yang disebarkan melalui mata pedang. Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian dan peperangan adalah cara terakhir setelah musuh-musuh Islam menyerang atau menceroboh kawasan umat Islam atau pun melanggar perjanjian damai. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh panglima -panglima tentera Islam atau tentera mereka. Antaranya:
  • Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Contohnya pada zaman Abu Bakar al-Siddiq, sewaktu menggempur wilayah Hirah, baginda telah memberikan 3 pilihan kepada musuh Islam iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.
  • Islam hanya membenarkan umatnya berperang seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Contohnya, dalam Perang Badar.
  • Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta.
  • Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaa darurat. Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.
  • Islam menetapkan etika peperangan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
  • Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh.
  • Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Contohnya, ketika Perjanjian Hudaibiyah meskipun fasa-fasa dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam namun Rasulullah mempunyai misi tersendiri.
  • Etika terakhir ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah. Dalam Perang Badar, Baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu.
  • Cara pengagihan harta rampasan perang. Harta-harta yang diperolehi bukan dibolot oleh Rasulullah sebaliknya diagihkan secara sama rata di kalangan para pejuang. Selepas kewujudan Baitulmal, harta-harta berkenaan diuruskan dengan lebih baik dan digunakan untuk pembangunan negara khususnya pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

 Islam sering dilabelkan agama keganasan oleh musuh Islam, tetapi sedarkah mereka siapa sebenarnya pengganas yang telah membunuh ribuan wanita, orang tua dan kanak-kanak di Palestin, Iraq, Afganistan, Chechnya???

No comments:

Post a Comment