Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.
H.R. Ibnu Majah
Showing posts with label perang. Show all posts
Showing posts with label perang. Show all posts
Monday, 15 August 2011
Peperangan Dalam Islam
Umum mengetahui bahawa di utusnya Nabi saw adalah sebagai menyampaikan berita gembira dan amaran serta menyempurnakan lagi akhlak kita dan dan ini dapat diketahui bahawa beliau tidak berperang dengan seseorang supaya dia memeluk Islam.
Sejarah permulaan perang dalam Islam bermula apabila pelampauan yang dilakukan oleh penduduk Mekah semakin memuncak sehingga memaksa Rasulullah saw keluar dari tanah airnya selepas mereka merancang untuk membunuh Baginda saw. Maka jelaslah mereka yang memulakan permusuhan terhadap golongan muslimin dimana mereka telah dikeluarkan daripada tanahair mereka dengan cara yang tidak patut.
Selepas peristiwa hijrah, Allah membenarkan orang-orang Muhajirin memerangi Musyrikin Quraisy melalui firman-Nya yang bermaksud :
“ Diizinkan bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh kerana sesungguhnya mereka talah dianiaya, dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong meraka mencapai kemenangan . Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’…” (Al-Haj:39-40).
Kemudian Allah mengarahkan mereka berperang melalui firman-Nya yang bermaksud :
“ Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) dimana sahaja kamu dapati dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu serta (ingatlah bahawa) fitnah itu lebih besar daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka disekitar Masjid Al-Haram sehingga mereka memerangi kamu disitu. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (disitu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. Maka sekiranya mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah ugama itu hanya untuk Allah. Maka jika mereka berhenti maka tidaklah ada lagi permusuhan melainkan terhadap oran-orang yang zalim.” (Al-Baqarah: 190-193)
Subscribe to:
Posts (Atom)