Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Sunday 22 May 2011

Empat Perkara Untuk Sihat


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Nasi Lemak Dilarang, Arak Dibenarkan???

Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.

Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras.

Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka.

Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB).

 Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu.

Aku Mahu Kahwin

Wanita itu disunatkan seorang yang penuh dengan perasaan kasih sayang. Maksudnya, dia mesti selalu menjaga kecintaan terhadap suaminya, sementara si suami pula memiliki kecenderungan dan rasa cinta kepadanya.

Selain itu, dia juga mesti berusaha menjaga keredhaan suaminya, mengerjakan apa yang disukai suaminya, memberikan ketenteraman di dalam kehidupan suaminya, dia tidak suka berjauhan daripada diripada suaminya, kalau berjauhan daripada suaminya maka dia akan segera kembali dan mendekati suaminya, dia senang berbincang dengan suaminya, dia memberikan kebahgiaan dan kasih sayang kepada suaminya.
Firman Allah :

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang." (Ar-Ruum : 21)

Wanita yang penuh rasa cinta dan sayang akan selalu bersolek hanya untuk suaminya, memenuhi keinginan suaminya, dan menyediakan dirinya untuk mengerjakan segala yang dapat membahagiakan suaminya. Sebagaimana wanita dituntut untuk mempunyai cinta dan kasih sayang kepada suaminya, begitu juga lelaki pun perlu memberikan kasih sayang kepada isterinya, kerana cinta dan kasih sayang antara kedua belah pihak akan mendatangkan kesempurnaan hidup, mengabdikan hubungan antara suami isteri, serta memberikan kebahagiaan hidup berumah tangga.

Wanita tidak akan menjaga dan mempertahankan sifat ini kecuali jika dia mempunyai karakter yang baik, berbadan sihat, berkelakuan baik, tumbuh dalam keluarga yang harmoni dan jauh dari kejahatan.

Disunatkan pula agar wanita yang akan dilamar itu seorang yang banyak memberikan keturunan, kerana ketenangan, kebahagian dan keharmonian keluarga akan terwujud dengan lahirnya anak-anak yang menjadi harapan setiap pasangan suami isteri. Anak-anak yang dapat membahagiakan hati mereka dan yang dapat mengembangkan keturunan. Allah SWT berfirman :

"Dan orang-orang yang berkata, 'Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa'." (Al-Furqan: 74)

Sedangkan Nabi Zakaria AS juga pernah berkata melalui firman Allah SWT :

"Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahkanlah kepadaku dari sisi-Mu seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub, dan jadikanlah dia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai." (Maryam : 5-6)

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

"Berkahwinlah dengan wanita-wanita yang penuh cinta dan yang banyak melahirkan keturunan. Kerana sesungguhnya aku merasa bangga dengan ramainya jumlah kamu pada hari kiamat kelak."(Riwayat oleh Abu Daud, Nasa'i dan al-Hakim)

Hendaklah wanita yang akan dinikahi itu seorang yang masih gadis dan masih muda. Perkara itu sebagaimana yang ditegaskan dalam kitab Sahihain dan juga kitab-kitab lainnya dari hadis Jabir, bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepadanya : "Apakah kamu menikahi seorang gadis atau janda?" Dia menjawab, "Seorang janda." Lalu baginda bersabda : "Mengapa kamu tidak menikahi seorang gadis yang kamu dapat bercumbu dengannya dan dia pun dapat mencumbuimu?"

Wednesday 18 May 2011

Alasan Tipikal Wanita Yang Enggan Menutup Aurat

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

Tuesday 17 May 2011

Penyokong KELANTAN BERJEMAAH Di Padang Bola, Tiada Dalam Akhbar

Teruja dan terharu melihat kekhusyukkan para pemain kedua belas Kelantan ini yang tetap menunaikan solat meskipun terpaksa beralaskan hamparan batu merah stadium keramat mereka. Lokasi dari pintu H ini diharap dapat membuka hati dan iman para penyokong Kelantan yang lain dalam melaksanakan tugasan kepada Maha Pencipta




Terima kasih juga kepada pihak pengurusan stadium yang menyediakan kemudahan air dan tikar untuk memudahkan para penyokong yang hadir menunaikan kewajipannya. Usaha dan sikap yang dipamerkan semua pihak ini harus diteruskan dan dipuji sebagai contoh kepada umat islam lain dengan harapan menjadi ikutan para penyokong Kelantan yang lain. Situasi ini sukar untuk dilihat di stadium lain atau disiarkan di dada akhbar.

Monday 16 May 2011

SUSU 1Malaysia TIDAK HALAL???

ALOR SETAR - Logo halal pada kotak Susu Sekolah 1Malaysia yang diagihkan secara percuma kepada murid sekolah rendah bermula 11 Mei 2011 lalu diragui status sijil halalnya.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, berkata, logo halal yang terdapat di produk itu dikesan tidak menggunakan tanda halal dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Menurutnya, pihaknya sendiri menghubungi bahagian Hab Halal Jakim dan mereka menyatakan produk itu masih belum mendapat sijil halal serta permohonannya masih dalam proses.

“Saya kesal kerana Kementerian Pelajaran (KPM) mengedarkan produk yang belum lagi mendapat sijil halal daripada Jakim kepada murid di sekolah.

“Selain itu juga, produk berkenaan didapati dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea, sedangkan seperti yang kita tahu Korea bukanlah negara pengeluar tenusu dunia,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Sunday 15 May 2011

Nakbah 15 Mei 1948: "Perang Kemerdekaan" Israel Dan Malapetaka Palestin

Nakbah 15 Mei 1948: "Perang Kemerdekaan" Israel Dan Malapetaka Palestin


Palestin Di Bawah Pemerintahan Kerajaan Othmaniyyah Dan Talam Dua Muka British

P alestin adalah sebahagian daripada Empayar Othmaniyyah (Turki) sehingga tahun 1918 ketika kerajaan itu jatuh pada akhir perang dunia pertama.

Sebelum ini, pada 1916, Kerajaan British telah membuat perjanjian rahsia dengan Perancis (perjanjian Sykes-Picot) untuk berkongsi Empayar Othmaniyyah di antara kedua-dua negara, sebahagian daripada Palestin diberi kepada Britian. Pada masa yang sama, Britian menjanjikan sebuah kerajaan kepada rakyat Palestin dalam masa 10 tahun, sedangkan dalam Deklarasi Balfour tahun 1917, Britian menyokong hak penempatan kepada orang-orang Yahudi di Palestin. Di waktu itu bilangan rakyat Palestin adalah 800,000:730,000, Palestin Arab (650,000 Muslim, 80,000 Kristian dan 60,000 Yahudi.

Projek Zionis: Perkauman Dan Pembersihan Etnik

K esatuan zionis Eropah mempunyai rangkaian yang hebat pada kurun ke-19, berselindung disebalik gerakan keagamaan tetapi mempunyai agenda ketenteraan untuk mendirikan negara Yahudi di Palestin. Di sini terjadinya rebutan bagi dua kelompok yang mendakwa mempunyai tanah yang sama; orang Palestin yang telah tinggal di sana selama berabad-abad dan zionis yang mendakwa Tuhan telah memberikan tanah itu kepada mereka dan mereka memerlukannya sebagai perlindungan dari anti-semitisme.

Kerana mengetahui cita-cita mereka tidak akan tercapai untuk mengambilnya dari arab maka mereka menggunakan pendekatan perkauman.

Kepimpinan zionis tahu bahawa tanah itu sudah dihuni dan menyedari bahawa Palestin tidak akan memberikan tanah mereka secara sukarela. Terjadilah dasar merebut tanah secara paksa dan mengusir atau membunuh rakyat tempatan- suatu dasar disebut sebagai pembersihan etnik.

Saturday 14 May 2011

TUK GURUKU...

KETIKA duta baru Amerika ke Malaysia, Paul W Jones mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat di pejabatnya di Kota Bharu baru-baru ini, sebuah pertanyaan menarik telah diajukannya kepada Tuan Guru.   "Bagaimanakah Yang Berhormat memulakan kehidupan setiap hari," begitu sekira-kira bunyi pertanyaan itu.Tuan Guru segera menjawab bahawa seperti juga umat Islam yang lain, dia memulakan kehidupan setiap hari dengan solat Subuh, selepas itu dia memastikan tiba di pejabatnya pada jam 8.00 pagi, sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.   Rupanya jawapan ringkas itu serta mengetahui kehidupan Tuan Guru yang serba sederhana itu, duta tersebut merasa kagum. Kemudian mereka berbincang mengenai politik di mana Tuan Guru mengkritik dasar Amerika terhadap Palestin. 

Wednesday 11 May 2011

Mana Nak Cari Weh....

SEJAK dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke-29 pada 13 September 2010, inilah buat pertama kalinya Sultan Muhammad V memberikan wawancara khas kepada para wartawan media cetak dan media elektronik.

Wawancara khas itu telah berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baru pada Rabu, 4 Mei 2011 pada lebih kurang jam 5.30 petang dalam suasana penuh protokol tetapi tetap mesra.

Wawancara itu juga diadakan bersempena dengan pelancaran Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilangsungkan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) minggu hadapan.

Sebanyak 12 wakil media termasuk dari Mingguan mStar dan The Star telah dijemput untuk menemuramah Sultan Muhammad V yang hadir segak menggenakan sut coklat muda ala Nehru.

Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan Asalamualaikum kepada pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam.

Dan sebelum memulakan wawancara baginda terlebih dahulu bertanya sama ada perbualan yang akan berlangsung itu hendak menggunakan dialek Kelantan ataupun bahasa rasmi.

Sepanjang wawancara itu yang berlangsung selama lebih 45 minit, baginda hanya membahasanya dirinya sebagai ‘saya’ bukannya ‘beta’ sebagaimana lazim digunakan di dalam istana.

Berikut adalah petikan wawancara bersama Tuanku Sultan Muhammad V:

Tuesday 10 May 2011

Insaflah Wahai Manusia




Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naungan
'tuk makhluk ciptaan tuhan

Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa

Dialah Pengasih dan Penyayang
Kepada semua insan
Janganlah ragu atau bimbang
Pada Keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta

Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa

Sunday 8 May 2011

PATUTNYA MAHLIGAI... BUKAN RUMAH

Terbaca newspaper online tentang rumah salah seorang pemimpin negara(Setiausaha sebuah Parti Politik). Bagi aku ini bukan rumah... tapi Mahligai.

Sedutan Berita:



Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merasa cukup bernasib baik.Jika tidak kerana anak lelakinya tersedar ada kebakaran di rumah mereka jam 5.30 pagi Ahad beliau dan keluarganya pasti ditimpa musibah.

Kebakaran yang berlaku dengan cepat itu telah memusnahkan sebahagian besar rumahnya yang terletak di Jalan Duta,Kuala Lumpur khususnya di bahagian atas.

Tengku Adnan  yang ditemui Agendadaily jam 8.30 pagi ketika menantikan pihak bomba sedang memeriksa kesan kebakaran yang teruk itu memberitahu semasa kejadian beliau tertidur di biliknya selepas mengikuti keputusan pilihanraya Singapura di televisyen.

Katanya tiba-tiba anak lelakinya mengetuk pintu memberitahu ada kebakaran.Mereka sekeluarga segera lari keluar dari rumah.


Tiak lama kemudian beberapa kereta bomba telah berkejar ke rumahnya untuk berusaha memadam kebakaran.

“Saya rasa sungguh nasib baik.Kalau anak saya tidak sedar entahlah,”katanya.


Tengku Adnan kata sepatutnya pagi ini beliau dijadual  hadir di satu majlis di Putrajaya.-8/5/2011
sumber: Agenda Daily