Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Monday 16 May 2011

SUSU 1Malaysia TIDAK HALAL???

ALOR SETAR - Logo halal pada kotak Susu Sekolah 1Malaysia yang diagihkan secara percuma kepada murid sekolah rendah bermula 11 Mei 2011 lalu diragui status sijil halalnya.

Yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang, Shaharol Niza Omar, berkata, logo halal yang terdapat di produk itu dikesan tidak menggunakan tanda halal dikeluarkan pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).

Menurutnya, pihaknya sendiri menghubungi bahagian Hab Halal Jakim dan mereka menyatakan produk itu masih belum mendapat sijil halal serta permohonannya masih dalam proses.

“Saya kesal kerana Kementerian Pelajaran (KPM) mengedarkan produk yang belum lagi mendapat sijil halal daripada Jakim kepada murid di sekolah.

“Selain itu juga, produk berkenaan didapati dikeluarkan oleh sebuah syarikat dari Korea, sedangkan seperti yang kita tahu Korea bukanlah negara pengeluar tenusu dunia,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Shaharol Niza berkata, sedangkan sewaktu pelancaran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 16 September 2010 menyatakan susu itu akan dibekalkan pengeluar tempatan.

“Pihak kami khuatir kandungan Melamin yang terdapat dalam susu itu kerana kandungan susu hanya 40 peratus manakala 60 peratus lagi mengandungi bahan lain.

“Kami tidak mahu kejadian yang berlaku di negara jiran Korea iaitu China turut mencampurkan Melamin secara berlebihan dalam susu dan Kementerian Kesihatan perlu menjalankan ujian ke atas kandungan susu sebelum diberi kepada murid,” katanya.

Menurutnya, antara kandungan yang turut terdapat dalam susu itu ialah High Fructose Corn Syrup ( HFCS) sedangkan kandungan gula ini selalunya ditemui dalam jagung.

“Mengikut kajian di Amerika Syarikat pengambilan HFCS meningkatkan kadar obesiti tiga kali ganda dan kadar peningkatan diabetes sebanyak tujuh kali ganda.

“Kami merayu supaya KPM dapat mengambil tindakan menggantung sementara Program Susu Sekolah 1Malaysia sehingga ketiga-tiga masalah ini diselesaikan dengan cara sepatutnya,” katanya.

Menurutnya, program ini boleh diteruskan semula setelah kandungan HFCS menepati piawaian Kementerian Kesihatan dan sijil halal daripada Jakim diluluskan kepada produk ini,

SUMBER: SINAR HARIAN

ULASAN: 1Malaysia, Rakyat Didahulukan.. Halal Haram Semua Dibedal.. Nasi Lemak diLarang Jual... nanti kanak-kanak Gemuk.. HFCS dalam susu tidak mengapa... sebab nanti kantung kroni gemuk!!!

No comments:

Post a Comment