Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Sunday 24 April 2011

STATISTIK ISLAM KITA


Pemimpin kita berbangga dan mencanang kepada seluruh dunia bahawa kita adalah negara Islam contoh. Amerika pun telah memuji kita sebagai negara Islam yang paling baik. ( Berbangga dengan pujian musuh Islam????).  Betulkah Malaysia ini negara Islam???  Tengok statistik di bawah ...

Tepuk dada tanya Iman...




1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya

2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama

7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

Friday 22 April 2011

IT JUST A BOND WE CAN'T SIMPLY LOSE



              quoted from Hakim Hamid:
Kami bukan racist,bukan assobiyyah.It just the bond that we cant lose.
 
mat saleh oyak GOMO KLATE GOMO!!!!

Beruntung Benar Ku Jadi Anok Kelate

Beruntung benar ku jadi anok kelate
Tepat melayu rama ore tino come-come
Hute belana buleh pakak tebe
Dale-dale sunga pon banyok lagi ike
Dudok tok takut
Kito tok baloh
Pitih pong cukup
Bare-bare muroh
Nati ko ngantuk
Male bule ceroh
Main daun terup
Takdop sapo nok maroh

Mari-mari kito pakat wak kijo
Bersatu hati tok kiro tuo mudo
Biar negeri kito kayo rayo
Nikmat Tuhe buwi kito jange lupo[End Chorus]
Ado kijo bende
Ado tane tebaka
Kelaut mukat ike
Tok peraih atah keda
Noreh getoh ore
Adow cikgu kerani pegawa
Rakyat cari make
Takdop lagi hok lapa
Tanoh banyok lagi lik gua muse
Kito tok tomok bagi sikit sore
Hasil lemboh padi tanoh hute
Buwi ko anok cucu maso depe
Sebungkuh nasi belauk
Ter rokok segerik
Baru sedap duduk
Kenye sepagi terik
Herek anok berok
Paka baju carik
Kain kilah rusuk
Basikal takdop brek

Pohon kayu kaye
Tumbuh hidup sega
Duku mokter derie
Woh khedah jerin peta
Tembesu lembe mede
Uh khandik jati cengal
Akar buluh rote
Ambiklah pakak jual
Beruntung bena ku jadi anok kelate
Juruh peranga rama ore saye
Sudah terkenal sapa ko negeri ore
Cari pitih panda kito tok suko berute
Napok comel benar maso naik kapa terbeLekok-lekok sunga ado bukit tanoh lape
Bumi tok cemar hok kito rakyat kelate
Biarlah kekal semangat Siti Wan Kembe

Popular Tapi Songsang

Pernahkan anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
 

Tuesday 19 April 2011

Jet Pejuang Termahal & Paling Berkuasa

    Pertahanan udara yang mantap adalah salah satu aspek dalam pertahanan menyeluruh (HANRUH). Sejak perang dunia pertama teknologi peperangan udara telah meningkat saban tahun. Mari kita lihat koleksi pesawat pejuang termahal dan termaju pernah dibuat.
    




 1. Sukhoi Su-37 ($147.7 million)
Buatan Rusia Sukhoi Su-37 atau Flanker-F (nama yang diberi NATO) adalah sebuah  jet pejuang (eksperimental) kerusi tunggal. Ini dikembangkan dari Su-35. Sebuah jet sepanjang 22,18 meter ini pertama kali diterbangkan pada tahun 1996 oleh Tentera Udara Rusia.

Sukhoi Su-37 mempunyai kelajuan maksimum 1,550 mph. Ini adalah salah satu jet pejuang paling mahal dalam sejarah, pada 1996, ia mempunyai harga  $ 147.700.000. Hanya 2 unit dibina. Malah turut dilengkapi dengan GSH-30 meriam dengan 150 pusingan.

Malaysia juga mempunyai jet pejuang Sukhoi tetapi Su-30...

Sunday 17 April 2011

Sebab sebab lupa???

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini 






1. Kadar gula darah tinggi
Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.


2. Kurang berehat
Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

Wednesday 13 April 2011

PESANAN BUAT BAKAL MERTUAKU

 


p/s: bagi murah-murah la..
kalau nak mahal-mahal biarlah ada kriteria yg ustaz bagi..
baru berbaloi!!!

KERETA SEWA KELANTAN, TEKSI KUALA LUMPUR

Pengangkutan awam sememangnya suatu kemestian bagi orang yang tidak ada kenderaan sendiri seperti aku. Aku bukannya suka naik teksi, dah terpaksa, nak buat macam mana... nak beli kereta?? Beli Motor pun tak lepas... Berasal dari Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang dan menetap di Kuala Lumpur (atas sebab belajar, kalau tak, tak hingin aku nak tinggal di KL ni), aku membuat perbandingan sedikit tentang pengangkutan awam di kedua-dua tempat ni...  yang menjadi pilihan aku nak banding ialah teksi, kalau nak bandingkan bas aku rasa taklah banyak beza, sebab kat Kelantan ada jugak Cityliner..

First sekali, di Kelantan, teksi dipanggil dengan banyak nama, antaranya "keto sewo" ( kereta sewa),dan  "keto plet" (kereta plet.) Kereta sewa di Kelantan pulak ada dua jenis. Yang pertama, jenis yang ronda-ronda sepanjang jalan, kalau orang tahan dia berhenti ambil penumpang, tidak kira seorang atau ramai-ramai. Selagi muat selagi tu la dia sumbat. Yang kedua, jenis yang tunggu di stesen kereta sewa. Jenis ni, dia tunggu biar orang cukup satu kereta baru dia jalan. Tapi kalau nak jalan jugak, kena bayar tambang untuk satu kereta. Jenis ni pulak ada dua jenis trip. Yang pertama, trip jauh. Ni perkhidmatan antara bandar( machang-pasir puteh, machang- k krai, kota bharu- tanah merah)...kedua, trip dekat, Ni perkhidmatan dalam daerah itu sahaja.

Saturday 9 April 2011

MAKANAN KELANTAN

Sudah menjadi kebiasaan bagi orang yg menjadi perantauan macam aku ni. Sering teringatkan masakan dan juadah di tempat asal aku. Aku asal dari kelantan, Kelantan adalah syurga makanan dan budak- budak negeri lain jangan tersinggung kalau aku cakap makan paling sedap kat Malaysia ni adalah masakan Kelantan... Macam biasa, Kelantan terkenal dengan dua jenis masakan utama iaitu nasi dan kuih muih. Boleh dikatakan orang kelantan makan nasi tiga kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kuih Muih pula ada yang hanya boleh didapati semasa bulan Ramadhan sahaja dan ada yg ada sepanjang masa.

NASI 

1. NASI BERLAUK
Inilah uniknya orang kelantan apabila bersarapan. kami akan menikmati nasi berlauk pada waktu pagi. Nasi berlauk kelantan mengandungi nasi putih, gulai ikan aya (tongkol) atau ayam, sambal dan timun batang. Biasanya ia dinikmati di kedai kopi. kuih muih sebagai sampingan sahaja. Tiada roti canai, tosai sebab di Kelantan kedai mamak memang susah nak maju dan orang kelantan kebanyakan makan roti canai pada waktu malam. Itu pun di kedai Melayu.


2. NASI DAGANG
Nasi Dagang kelantan berbeza sedikit berbanding nasi dagang Terengganu. Ianya berbeza dari segi warna berasnya yang berwarna perang berbanding dari Terengganu yang berwana putih. Rasa dan warna kuahnya sedikit berlainan. Ianya dihidangkan bersama acar timun untuk mengelakkan muak. Ada sesetengah kedai yang menjualnya sebagai juadah bersarapan.









3. Nasi Tumpang
Nasi ini dah termasuk dalam senarai 100 juadah warisan negara. Nasi ini memang dan hanya terdapat di Kelantan sahaja. Aku sebagai rakyat kelantan pun belum pernah cuba makan nasi ini. Ianya nasi dan lauk pauk disusun secara lapis-lapis di atas daun pisang dan digulung membentuk sebuah kon.


KECIL-KECIL CILI PADI

Perumpamaan melayu ada menyebut, "kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak". Orang sering takut kepada benda-benda atau binatang yang besar. Kita takut kepada ikan jerung, harimau , beruang, singa...
tetapi kita jangan memandang rendah tentang binatang2 yg kecil iaitu serangga. Di bawah adalah beberapa jenis haiwan yg ditakuti bukan kerana saiznya...


1. NYAMUK ANOPHELES.
  Mungkin antara serangga paling berbahaya di dunia. Gigitannya tidaklah menyakitkan dan ia tidaklah berbisa. Tetapi ia menyebarkan sejenis virus yg menyebabkan penyakit Malaria. Malaria telah menyebabkan kematian lebih 3 juta orang setiap tahun. Rupa bentuknya seakan-akan nyamuk biasa tetapi sedikit keperangan. Ia banyak didapati di kawasan beriklim tropika tetapi mampu juga hidup di kawasan beriklim sederhana sejuk.

2. Ikan Candiru
Ikan ini adalah sejenis ikan parasit dalam keluarga ikan keli Amazon yang boleh membesar sehingga 6 inci panjang. habitat semula jadinya adalah di sepanjang sungai Amazon. Diceritakan oleh penduduk sungai Amazon bahawa ikan ini boleh memasuki salur kencing seseorang dan tinggal di dalam pundi kencing. Ia akan mencucuk durinya ke dinding pundi kencing menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga boleh membawa maut. Ia akan memakan darah mangsa dan semakin membesar



Friday 8 April 2011

Rindukan Syurga???

"Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.

"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

MEREKA KATA MEREKA BERSYUKUR

Baru- baru ini telah berlangsung suatu acara yg boleh dikatakan agak berprestij dalam industri hiburan tanah air. Ianya dianjurkan oleh salah sebuah akhbar arus perdana yg agak popular. Macam biasa ada yg menang ada yg kalah..

Tapi terdapat persamaan bagi yg menang. Diorang akan naik stage. Dan bagi ucapan penghargaan kepada peminat, producer, pengarah, ibu bapa, rakan sekerja.. bla bla.. tapi yg paling penting diorang akan cakap


 Assalamualaikum, pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya mendapat anugerah ini, walaupun saya tidak menduga untuk menang anugerah ini
Tapi..... adakah mereka bersyukur sebenarnya??


Thursday 7 April 2011

Wahai suami....

Ingatlah para suami bahawa…
isteri dan anak-anak itu adalah amanah ALLAH kepada kamu…jadi Sayangi mereka sentiasa kerana kasih sayang yang abadi menjamin kebahagiaan...


1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

5. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

6. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

LALAT RUMAH... JIJIK ATAU SEBALIKNYA..


PAGI hari. Anda menghadap segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Tiba-tiba seekor lalat jatuh ke dalam cawan minuman anda. Apakah anda akan meminum airnya? Anda mungkin tidak meminumnya kerana jijik dengan lalat tersebut. Pada hal dari segi saintifik air itu selamat diminum setelah lalat direndam seluruhnya di... dalam air kemudian dibuang. Lalat yang biasa kita temui dan dibincangkan di sini merujuk kepada lalat rumah.


Definisi

Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.

Wednesday 6 April 2011

Anda Berdengkur??? Kroh.. Kroh

Apakah anda salah seorang yang suka berdengkur?? atau anda mempunyai pasangan atau keluarga yang suka berdengkur??

1. Satu dari lima penduduk dunia berdengkur. -Dianggarkan lebih dari satu milion orang di seluruh dunia berdengkur semasa tidur kerana pelbagai sebab.

2. Lelaki lebih banyak berdengkur. - Lebih banyak lelaki yang berdengkur dibandingkan wanita, perbandingannya adalah 80% laki-laki dan 20% perempuan.

Alasannya berkait dengan distribusi kelebihan berat badan orang lelaki yang bertumpu di bahagian dada dan leher sehingga menyebabkan penyempitan saluran udara.
Kelebihan berat badan pada wanita umumnya bertumpu di bahagian punggung. Lelaki juga mempunyai leher lebih besar daripada wanita. Ukur lilit leher 40 cm adalah lebih cenderung membuat orang berdengkur.

Freemason, Illuminati di Malaysia??

Kalau kita melihat senibina tempat-tempat menarik di Malaysia ini, sebenarnya ada sesuatu yang terselindung. Kepada yang tidak meminati ataupun percaya kepada teori Konspirasi Freemason, maka abaikanlah gambar-gambar di bawah ini tanpa perlu membuang masa anda yang berharga itu.

Semenjak Google Earth berada di alam siber beberapa tahun lalu, pelbagai penemuan yang memeranjatkan dijumpai. Di Malaysia khususnya, kita pernah dikejutkan dengan penemuan satu tanda salib yang besar berada di atas bumbung bangunan perpustakaan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) di Terengganu.
Siapakah arkitek yang merekabentuk bangunan tersebut dan apakah tujuannya, belum terjawab sehingga kini.



Pada ketika ini, bangunan ini telah dikaburkan jika dilihat melalui Google Maps. Mungkin kerana sudah terkantoi.

Bukti: http://wikimapia.org/1620361/Kustem-Cross