Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Friday 8 April 2011

MEREKA KATA MEREKA BERSYUKUR

Baru- baru ini telah berlangsung suatu acara yg boleh dikatakan agak berprestij dalam industri hiburan tanah air. Ianya dianjurkan oleh salah sebuah akhbar arus perdana yg agak popular. Macam biasa ada yg menang ada yg kalah..

Tapi terdapat persamaan bagi yg menang. Diorang akan naik stage. Dan bagi ucapan penghargaan kepada peminat, producer, pengarah, ibu bapa, rakan sekerja.. bla bla.. tapi yg paling penting diorang akan cakap


 Assalamualaikum, pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana saya berjaya mendapat anugerah ini, walaupun saya tidak menduga untuk menang anugerah ini
Tapi..... adakah mereka bersyukur sebenarnya??












Maksud Surah an-Nur, ayat 31
Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung. 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."
(Riwayat Muslim)




Semuanya ISLAM tapi berpakaian mengalahkan org bukan islam..Majlis tersebut bermula jam 9.00 (siaran langsung TV3) tapi mestilah diorang datang lagi awal lagi.. sebab ada ''blue carpet''... maghrib ke mana???
Pakai baju mahal-mahal tapi still tidak cover seluruh aurat.. baik beli baju bundle tapi tutup aurat.

Ni nasib baik x aqil baligh lagi, harap2 besar nanti tutuplah urat tu..



 Pesanan Muhammad Ali (lagenda tinju dunia) kepada anaknya

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Dimana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Kamu kena berkerja keras untuk mendapatkanya.”“Tubuh kamu adalah suci. Kamu adalah lebih berharga daripada emas mahupun permata oleh itu kamu juga perlu bertudung.”
sumber gambar: ohmedia

p/s: maaf kalau ada yg terganggu oleh gambar-gambar.

2 comments:

  1. Weh sahir... gambar artis bnyok nyoh...kih3...

    main blog dio loni...aku follow doh..nice blog...

    http://AwaNiBiRu.com

    ReplyDelete
  2. bereh2.. timo kaseh.. lamo doh aku blogging.. cumo blog dulu punoh habih..

    ReplyDelete