Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Wednesday 13 April 2011

KERETA SEWA KELANTAN, TEKSI KUALA LUMPUR

Pengangkutan awam sememangnya suatu kemestian bagi orang yang tidak ada kenderaan sendiri seperti aku. Aku bukannya suka naik teksi, dah terpaksa, nak buat macam mana... nak beli kereta?? Beli Motor pun tak lepas... Berasal dari Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang dan menetap di Kuala Lumpur (atas sebab belajar, kalau tak, tak hingin aku nak tinggal di KL ni), aku membuat perbandingan sedikit tentang pengangkutan awam di kedua-dua tempat ni...  yang menjadi pilihan aku nak banding ialah teksi, kalau nak bandingkan bas aku rasa taklah banyak beza, sebab kat Kelantan ada jugak Cityliner..

First sekali, di Kelantan, teksi dipanggil dengan banyak nama, antaranya "keto sewo" ( kereta sewa),dan  "keto plet" (kereta plet.) Kereta sewa di Kelantan pulak ada dua jenis. Yang pertama, jenis yang ronda-ronda sepanjang jalan, kalau orang tahan dia berhenti ambil penumpang, tidak kira seorang atau ramai-ramai. Selagi muat selagi tu la dia sumbat. Yang kedua, jenis yang tunggu di stesen kereta sewa. Jenis ni, dia tunggu biar orang cukup satu kereta baru dia jalan. Tapi kalau nak jalan jugak, kena bayar tambang untuk satu kereta. Jenis ni pulak ada dua jenis trip. Yang pertama, trip jauh. Ni perkhidmatan antara bandar( machang-pasir puteh, machang- k krai, kota bharu- tanah merah)...kedua, trip dekat, Ni perkhidmatan dalam daerah itu sahaja.



Paling aku suka pasal kereta sewa Kelantan ialah, dia tak pakai meter. Walaupun tak pakai meter, harga dia tetap munasabah bagi aku. Teksi KL pakai meter tapi teksi belum jalan dah caj RM3.  Baru duduk dah sah duit terbang tiga ringgit. Lepas tu, kalau terperangkap dalam jam, meter still jalan. Teksi kat Kelantan guna petrol atau diesel je, tak pakai NGV sebab tak ada stesen NGV di Kelantan. Tapi aku rasa kalau ada NGV kat Kelantan, mesti tambang akan jadi murah gile..



Kereta sewa kat Kelantan kebanyakannya tak pakai air-cond (guna angin semula jadi, selamatkan alam sekitar).. Kat KL semestinya pakai aircond, kalau tak mesti tak ada orang naik punya..Dari segi tambang, di Kelantan boleh tawar-menawar (bergantung pada tempat dan pemandu). Di KL, dekat pintu dah tampal "Strictly no Haggling"...

Bagi jenis kenderaan yang digunakan pula, kebanyakan teksi KL adalah kereta model baru-baru, model proton ISWARA, SAGA, WAJA dsb.. Di Kelantan, macam-macam ada.. kalau nak merasa naik kereta sewa Mercedes boleh la datang Kelantan..


Jangan main-main, mercedes orang buat teksi

No comments:

Post a Comment