Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

H.R. Ibnu Majah

Saturday 9 April 2011

KECIL-KECIL CILI PADI

Perumpamaan melayu ada menyebut, "kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapak". Orang sering takut kepada benda-benda atau binatang yang besar. Kita takut kepada ikan jerung, harimau , beruang, singa...
tetapi kita jangan memandang rendah tentang binatang2 yg kecil iaitu serangga. Di bawah adalah beberapa jenis haiwan yg ditakuti bukan kerana saiznya...


1. NYAMUK ANOPHELES.
  Mungkin antara serangga paling berbahaya di dunia. Gigitannya tidaklah menyakitkan dan ia tidaklah berbisa. Tetapi ia menyebarkan sejenis virus yg menyebabkan penyakit Malaria. Malaria telah menyebabkan kematian lebih 3 juta orang setiap tahun. Rupa bentuknya seakan-akan nyamuk biasa tetapi sedikit keperangan. Ia banyak didapati di kawasan beriklim tropika tetapi mampu juga hidup di kawasan beriklim sederhana sejuk.

2. Ikan Candiru
Ikan ini adalah sejenis ikan parasit dalam keluarga ikan keli Amazon yang boleh membesar sehingga 6 inci panjang. habitat semula jadinya adalah di sepanjang sungai Amazon. Diceritakan oleh penduduk sungai Amazon bahawa ikan ini boleh memasuki salur kencing seseorang dan tinggal di dalam pundi kencing. Ia akan mencucuk durinya ke dinding pundi kencing menyebabkan kesakitan yang amat sangat sehingga boleh membawa maut. Ia akan memakan darah mangsa dan semakin membesar






3. Bullet ant
Diberi nama "bullet" disebabkan rasa gigitan yang amat menyakitkan seperti ditembak. Bullet ant ini mempunyai daya gigitan yang amat tajam dan dikatakan antara yang terkuat di dunia. Apabila digigit, kesakitan akibat gigitannya boleh dirasai sehingga 24 jam!. Habitat asalnya ialah di hutan hujan di Nicaragua sehingga Paraguay.




4. Tarantula Hawk
Sejenis tebuan yang makan tarantula ( labah-labah terbesar di dunia).., mempunyai sengat sepanjang 1/3 inci.Satu-satunya sengatan yg lebih menyakitkan dari sengat tarantula hawk adalah sengatan bullet ant. Ianya boleh didapati di seluruh pelusuk dunia terutamanya di India, Afrika Selatan dan US. Sengatan amat menyakitkan, tetapi boleh bertahan sehingga 3 minit sahaja.. 






5. Lalat Tsetse
Lalat ini sangat berbahaya dan telah membunuh kira-kira 300 000 orang setiap tahun di Afrika. Hidupnya memerlukan darah haiwan bertulang belakang. Sebab lalat ini berbahaya ialah ia menyebarkan penyakit dan sering menggigit manusia dan haiwan ternakan. Ianya menyebarkan tiga jenis pathogen yg menyebabkan demam, sakit kepala hinggalah kematian


Walau apapun saiz haiwan atau serangga tersebut, tentulah ia merupakan tanda-tanda kebesaran Allah yang menyuruh kita berfikir. Sebesar-besar kejadian dan sekecil-kecil kejadian adalah bukti kebesaran Allah. 

 Ali Imran 190 -191
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi Ulil Al Bab (orang-orang yang berakal); (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka

2 comments:

  1. tsetse fly - Glossina sp. vector kepada Trypanosoma brucei gambiense dan Trypanosoma rhodensiense. menyebabkan african trypanosomiasis ataupun sleeping sickness.

    ReplyDelete